Sunday, January 20, 2008

Cabaran Politik Barisan Nasional



Anwar semakin popular dan semakin diperhati. Anwar berolah banyak kredit kali ini. Apakah Anwar rise again. Rise againts?











Hishamuddin juga emosional. APakah hak beliau melenting kepada rakyat? Hisham..jangan ikut sangat darah muda. karier anda gimana?














ZAm yang emosional. apakah carier meltdown bagi ZAM tahun ini?





























pak Lah merenung jauh masa depan. kariernya dan tanggungjawab. karenah anak buah yang cam bebudak. Pak Lah makin menurun kredibilitinya.Dia tak dapat menandingi kehebatan mantan PM dalam soal kerja.






Mahathir semakin misteri kesnya dan semakin rakyat melupakan jasanya. Manusia yang kuat bekerja ini kata Anwar seorang yang jelas dalam visinya. Eranya meletakkan Malaysia di dalam peta celik sedunia. dia cemerlang, mantap dan tokohnya sebagai pemimpin jelas. Tetapi apa berlaku kepada Anwar adalah misteri yang mungkin hanya dia yang tahu. Doakan segalanya lancar.
Parti Klasik, otai, veteran dan entah apa lagi bahasa yang nak diberi ini semakin menuju ke arah zaman yangsemakin kelam kabut. ribut dalam parti sendiri dan pelbagai dugaan buat Pak Abdullah Badawi. Pak Lah bagai tak mampu mengawal pepecahan yang sedang on going. MIC yang berpecah, dan juga karenah ahli-ahli parti yang mengguris maruah BN serta memalukan negara. Zainuddin Maidin yang emosional dan hamun Al JAzeera secara live. perhimpunan yang sepatut aman jadi ganas. hishamuddin menteri pendidikan juga emosional. melenting marah ibu-bapa? ibu-bapakan rakyat Malaysia. walaupun ada kebenaran tetapi sebagai menteri haruskah dia begitu? mungkin orang Bn banyak makan garam sangat sampai menteri diorang dah HBP (high blood pressure). melenting marah orang. gaya macam boss atau majikan dan rakyat kuli yang bengap. Siapa kuli/ siapa boss? Mahathir pulak diheret ke makhamah. dato. linggam boleh jawab mungkin dia tengah mabuk. Apekehal? Semua dah muka tak boleh nak sorok. Makin lama makin berkusam dan masam. kelompok anti Bn semakin gumbira pasal bonus lebih kredit pada diorang. parti pembangkang mendapat banyak faedah di sini. pilihan raya mungkin merubah peta politik Malaysia. Rasanya BN mungkin sudah terlalu tua dalam memegang tampuk pemerintahan. Mungkin golongan yang lebih mampu dan progressif perlu mengisi ruang ini. some legacy have to end. legasi baru dari generasi baru akan mewarnai. itu lumrah alam. kena terima hakikat. apakah Khairee ada calon jadi Pm? Atau dari parti pembangkang sendiri. Banyak yang intelek sudah ilek dalam Bn. semua join Keadilan. Parti pecahan BN yang Pro-Anwar. permainan politik makin jelek. Parti ini mengcungkil pekung parti ini. jujur bukan lagi hidangan wajib. Tetapi propaganda yang menghalalkan cara!

Makasih cik Kevin!

baguih jugak Encik kevin kita. Selalu gak ko masuk blog cam cilanat nih. Aku bussy tahap gaban kebelakangan nih. tapi ari ni aku layan balik blog serba mencarut ni. Aku bangga ngan Kevin yang mempertahankan pendiriannya. pendirian adalah ego yang natural. dan aku dengan seruan uniti nya mempertahakan ego aku gak. Melayu tetap melayu. Aku sependapat ngan Bung karno yang mahu mewujudkan melayu raya. Aku bangga ngan istilah melayu walaupun kekadang aku sendiri maki. bukan maki kritik bangsa ngan niat mahu lihat bangsa kita maju dan berubah ke arah yang lebih baik. kevin wa hormat lu punya pendirian. Walaupun kita tak sependapat. tapi itu bukan alasan yang kita tak leh berkawan. meh kita kawan. meh kita unite. under the same flag, under the same country. kevin ko duk mane ha.aku nak blanja ko ice blended, bley tak??Saja lelawak. Semua orang contohi kevin kerana sanggup turun padang join akucakap.blogspot.com ni. takde la aku sesorang aje yang memaki hamun bagai orang gila atrau anjing menyalak bukit.Yearghhhh!!!

Sunday, January 6, 2008

Akhirnya ada respon....

Ha!Ha!aku dah lama jugak bukak blog akucakap nih..kui..kui..sekarang baru aku dapat baca komen dari seorang "Pembaling batu sembunyi tangan" macam aku jugak. Dia kata dia orang ulu..dia tak ngaku dia melayukot. kalau di Indonesia,kata ganti nama bagi melayu adalah jawi. keturunan yang bersusur galur dari rantau Indochina ini berkembang biak melata di rantau asia tenggara. aku banyak jumpa orang iban yang bangga mengaku diorang melayu. melayu pada istilah nya berasal dari bahasa sanskrit bermaksud, 'orang yang tinggal di tanah tinggi'. Istilah ini diguna di Malaysia sebagai mewakili bangsa yang mempunyai etnik pelbagai dari jawa, bugis, iban, dayak, banjar, mendeleng, minang, bawehyan (kita selalu panggil boyan), palembang, riau dan acheh. melayu dipanggil ganti nama kerana etnik-etnik ini duduk di dalam rumpun nusantara. jika di Indonesia dipanggil bangsa jawi. ini termasuk Filipina, thailand (siam), pattani, champa dan selainnya di rantau nusantara. ektremis bangsa tidak perlu wujud lagi kerana masing-masing kena faham bahawa melayu itu adalah nama jamak (mewakili lebih dari satu). Contohnya orang cina yang kita ketahui terbahagi kepada beberapa keturunan atau etnik ataupun sub-etnik. dari Han (mandarin), kanto (kantonis), kong Fo, tiong hua dan sebagainya. ia disatukan dalam satu nama iaitu cina. hai korang ni tak pepaham. Aku respek la pasal sejarah iban ke, sejarah orang ulu ke. yang patut ko buat. bila aku tulis fikir la dulu. tapi bagus jugak mamat ke minah ke aku tak tau. dia kata dia orang sarawak.sesama jugak aku boleh study. dia pun cam tu jugak. Aku cuma selar sifat melayu yang lupa pada marga. Bukan kutuk etnik ke apa. emosional sesangat la korang nih. kang aku maki nangis!Aku cuma mahu kita bangga dengan marga kita. untuk uniti bukannya kasi pecah lagi. Hai...balik gi library.
Sejarah melayu Malaysia bermula pada empayar Melaka. tidak juga. langkasuka sudah ada sebelum zaman empayar melaka. bagaimana dengan kesultanan Sulu? kerajaan brunei lama? Melaka dibuka oleh anak raja palembang Parameswara memulakan detik-detik tamadun melayu baru di malaysia. pada masa itu semenanjung Malaysia bernama gangga emas. melayu itu adalah nama komuniti. Sebab itu bila nak bubuh bahasa melayu, tak adil rasanya. kerana melayu tu ada banyak. jadi ubah jadi istilah bahasa malaysia. Tapi aku kasi can la sama lu all. pasal akupun kaki maki orang. nak maki aku tak kesah punya. tapi janganlah marah nyamuk kelambu dibakar!!
Respon lain aku nak jugak terima. Di sini demokratik. bebas bersuara. terbuka. nak maki caci pun gua tak kesah. hidup ini tak ada provokatif, tiadalah terbuka otak lembap ni. tapi yang mangkuk tu memang la mangkuk!tapi mangkuk kalau penuh okey, mangkuk kosong okey lagi boleh isi. Kalau mangkuk sumbing ke/ atau mangkuk pecah?Pikiorkanlah wahai orang yang bukan badut.