Monday, March 31, 2008

SUDAH MERETAK DAN BAKAL BERTETAK!!

pilihanraya umum yang lalu menunjukkan BN fight ngan parti-parti pembangkang. kekalahan teruk sampai tak bleh terima kenyataan. baca aje sokabar dah tau dah. tengok muka memasing kelabu asam aje. itu isu basi. sekarang mereka mula fight ngan saudara mereka sendiri. Mukhriz menghantar surat kepada pak lah suruh letak jawatan. Pak Lah jadi tension. penjilat jubo pulak terbahagi pada dua. satu jilat Pak Lah dan satu lagi jilat Mahathir. mukhriz dibayangi bapanya mantan PM kita yang hebat tu la. Kalangan penyokong Pak Lah mempertahankan pak Lah. memang dalam history BN, Pak lah mencatat reputasi sedih dan cibai untuk BN. Pak Lah ada ketelusan. Bila pak Lah tolak gaya Mahathir, inilah yang akan berlaku. kekalahan BN!Tabik jugak pada pak Lah kerana menjalankan amalan demokrasi dlm pilihanraya ini walaupun mungkin (kata orang la.bukan cakap aku!) dia ada sikit goyang ngan Anuar. BN dah mula fight secara internal. sekarang ni internal wound, lama-lama internal bleeding plak!Mengapa gaduh sama sendiri/ Bn dah jatuh betul reputasinya. Pak Lah benar-benar menelan tinggalan perbuatan Mahathir ke atas dirinya. siapa ada masalah ngan Anuar? Pak Lah ke Mahathir? hingga Pak Lah menerima tempias dan bahana ributnya. Siapa yang bikin hutang negara menimbun? siapa yang bikin banyak problem/amalan Autokrat/Birokrat? siapa? Pak Lah benar menelan seala bahananya lantaran dia orang no.1 di Malaysia. Angkara orang lain, dia pulak yang kena rejam. kasihan jugak kat PM kita, muka dia tak berseri semasa Sharkawi Jirin interview dia. ada kawan aku yang ekstreem ngan Parti PAS, kata "Butuh lah Pak Lah!'. apahal? Kau tu nak lelebih plak. Kita dalam politik mengkritik tetapi membina. bukan hentam orang atau benci orang. BN walaupun berlain parti tetapi mereka adalah kita jugak. saudara kita bodoh!!!!aku rasa kawan aku tu kena ditarbiyah betul-betul. kalau nak kutuk dan hina orang, baik la ko masuk persatuan ahli mesyuarat tingkap. lagi bagus. BN mungkin kesal. Tapi parti PKR,PAS dan DAP jangan terlalu syok1 jangan pulak nanti cakap lain jadi lain. kalau korangpun bikin taik, kitorang rakyat yang bakal gulingkan korang. nanti korang plak nangis siap nyorok dalam bilik tak mau jumpa media. sakit tak? kalau dah menang kotakan janji. jangan lagi asyik retorik, aksinya kena bikin sekali. aku cabar (ceh macam nak bikin blog akucabar.blogspot.com plak!) PKR,PAS,DAP....kalau korang betul manusia berotak,berjiwa rakyat,bertelur,bertamadun, buktikan sekarang!
Mahathir macam nak kekalkan lagi kuasa dia. "atuk...atuk kena rehat la atuk. tunjuk ajar la Pak lah tu, tegur skit anak atuk jangan bikin kerja melulu." Mukhriz, jangan la tibai pak lah cam tu sekali. sian orang tua tu. dia baru aje berbini lawa. ko ni tengah-tengah kelam kabut politik, jam-jam tu jugak ko desak orang tua tu resign. Biarlah bertempat skit. Para pembodek. Ingat BN bukan tuhan kamu semua. yang ada di kalangan kamu yang buta kayu ke hapa sanggup kata, "Laki/bini bleh tukar, Parti no!! Kalau benar pembangkang jahat apahal aman damai je negara kita. kalau betul BN malaikat apakehal banyak sangat menaja maksiat/ negara Islam kemak diorang. Korang si bodoh-bodoh. Ya memang banyak melayu yang tonggong. nak marah aku marah la. memang banyak melayu tonggong! terima bulat-bulat.
apa aku cakap ni kira luahan dan renungan.

Sunday, March 16, 2008

BEING NUTTY......Oh TIDAK!!!!!!

BARISAN NASIONAL paduan parti pelbagai yang diterajui utamanya oleh UMNO (UNEXPECTED MOLESS NATIONAL ORGANISATION?). MCA (MOURNINGFULL CHINESSE ALLIANCE?), MIC (MERCIFULL INDIAN CANDIDATES?), GERAKAN (GERAK_GERAK TAK BOLEH JALAN?), PPP (PARTI PROGRESIF PEMBODEK?) tewas dengan saingan sengit dan tengik tak terkate dari pihak OPPOSITION PARTIES. PERAK ke tangan gabungan DAP,PKR dan PAS, Selangor ke PKR, Kedah ke PAS, Kelantan masih gagah dengan PASnya dan Penang DAP. APA dah jadi? Jika orang-orang BN mahu muhasabah diri, perhatikan gelaran-gelaran yang diberi oleh rakyat kepada mereka seperti di atas. apakah mereka benar begitu. BN cabaran bagi anda..berubah lah sekarang. Belum terlambat lagi untuk maju dan berubah. Rapatlah kepada rakyat, perbaiki mutu dan prinsip parti anda. Esok masih ada kecuali tuhan suruh kiamat esok!!

Saturday, March 15, 2008

RAKYAT membuktikan mereka adalah BOSS!!





Pilihanraya yang baru berlangsung bebaru ini memang membuktikan bahawa rakyat adalah boss yang sebenarnya. Selama bertahun lama di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN), kerajaan tersebut telah mencipta satu kerajaan polis dan menjadikan rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan.Sejak zaman Mahathir Mohammad lagi ISA diguna untuk mengekang suara bebas. demokrasi yang diacukan adalah palsu. perpecahan parti tersebut semakin parah. hingga mewujudkan parti PAS, KEADILAN,PKR,SEMANGAT 46 dan selainnya. Insiden yang baru berlangsung pada 8 Mac lalu mengejutkan semua orang BN. emosi mereka kacau bilau dan terganggu. ZAM jatuh, Koo Soo Khoon jatuh, Sharizat jatuh di tangan anak muda berusia 28 tahun, Sammy vellu jatuh. kerusi-kerusi diraih parti pembangkang. pakatan PKR,PAS dan DAP benar menjadi. perak jatuh ke tangan kerajaan campuran. Kini BN menjadi pembangkang di sana. Kelantan rekod hebat dengan 28 kerusi dari 30. BN terlalu miskin di sana, Penang ke tangan DAP dan Lim Guan eng menyatukan PAS dan PKR dari melayu dan India di bawah satu negeri dengan harapan keamanan dan kemakmuran.PKR menerajui Selangor, negeri terkaya di MALAYSIA, Kedah jatuh ke tangan PAS. Orang BN semua jadi emosional. menyalah satu sama lain. BN semakin tenat dan pak Lah ini lah ujian besar buat anda. Apa pula langkah parti baru/ Kita lihat dan INGAT, RAKYAT ADALAH BOSS!!

Sunday, January 20, 2008

Cabaran Politik Barisan Nasional



Anwar semakin popular dan semakin diperhati. Anwar berolah banyak kredit kali ini. Apakah Anwar rise again. Rise againts?











Hishamuddin juga emosional. APakah hak beliau melenting kepada rakyat? Hisham..jangan ikut sangat darah muda. karier anda gimana?














ZAm yang emosional. apakah carier meltdown bagi ZAM tahun ini?





























pak Lah merenung jauh masa depan. kariernya dan tanggungjawab. karenah anak buah yang cam bebudak. Pak Lah makin menurun kredibilitinya.Dia tak dapat menandingi kehebatan mantan PM dalam soal kerja.






Mahathir semakin misteri kesnya dan semakin rakyat melupakan jasanya. Manusia yang kuat bekerja ini kata Anwar seorang yang jelas dalam visinya. Eranya meletakkan Malaysia di dalam peta celik sedunia. dia cemerlang, mantap dan tokohnya sebagai pemimpin jelas. Tetapi apa berlaku kepada Anwar adalah misteri yang mungkin hanya dia yang tahu. Doakan segalanya lancar.
Parti Klasik, otai, veteran dan entah apa lagi bahasa yang nak diberi ini semakin menuju ke arah zaman yangsemakin kelam kabut. ribut dalam parti sendiri dan pelbagai dugaan buat Pak Abdullah Badawi. Pak Lah bagai tak mampu mengawal pepecahan yang sedang on going. MIC yang berpecah, dan juga karenah ahli-ahli parti yang mengguris maruah BN serta memalukan negara. Zainuddin Maidin yang emosional dan hamun Al JAzeera secara live. perhimpunan yang sepatut aman jadi ganas. hishamuddin menteri pendidikan juga emosional. melenting marah ibu-bapa? ibu-bapakan rakyat Malaysia. walaupun ada kebenaran tetapi sebagai menteri haruskah dia begitu? mungkin orang Bn banyak makan garam sangat sampai menteri diorang dah HBP (high blood pressure). melenting marah orang. gaya macam boss atau majikan dan rakyat kuli yang bengap. Siapa kuli/ siapa boss? Mahathir pulak diheret ke makhamah. dato. linggam boleh jawab mungkin dia tengah mabuk. Apekehal? Semua dah muka tak boleh nak sorok. Makin lama makin berkusam dan masam. kelompok anti Bn semakin gumbira pasal bonus lebih kredit pada diorang. parti pembangkang mendapat banyak faedah di sini. pilihan raya mungkin merubah peta politik Malaysia. Rasanya BN mungkin sudah terlalu tua dalam memegang tampuk pemerintahan. Mungkin golongan yang lebih mampu dan progressif perlu mengisi ruang ini. some legacy have to end. legasi baru dari generasi baru akan mewarnai. itu lumrah alam. kena terima hakikat. apakah Khairee ada calon jadi Pm? Atau dari parti pembangkang sendiri. Banyak yang intelek sudah ilek dalam Bn. semua join Keadilan. Parti pecahan BN yang Pro-Anwar. permainan politik makin jelek. Parti ini mengcungkil pekung parti ini. jujur bukan lagi hidangan wajib. Tetapi propaganda yang menghalalkan cara!

Makasih cik Kevin!

baguih jugak Encik kevin kita. Selalu gak ko masuk blog cam cilanat nih. Aku bussy tahap gaban kebelakangan nih. tapi ari ni aku layan balik blog serba mencarut ni. Aku bangga ngan Kevin yang mempertahankan pendiriannya. pendirian adalah ego yang natural. dan aku dengan seruan uniti nya mempertahakan ego aku gak. Melayu tetap melayu. Aku sependapat ngan Bung karno yang mahu mewujudkan melayu raya. Aku bangga ngan istilah melayu walaupun kekadang aku sendiri maki. bukan maki kritik bangsa ngan niat mahu lihat bangsa kita maju dan berubah ke arah yang lebih baik. kevin wa hormat lu punya pendirian. Walaupun kita tak sependapat. tapi itu bukan alasan yang kita tak leh berkawan. meh kita kawan. meh kita unite. under the same flag, under the same country. kevin ko duk mane ha.aku nak blanja ko ice blended, bley tak??Saja lelawak. Semua orang contohi kevin kerana sanggup turun padang join akucakap.blogspot.com ni. takde la aku sesorang aje yang memaki hamun bagai orang gila atrau anjing menyalak bukit.Yearghhhh!!!

Sunday, January 6, 2008

Akhirnya ada respon....

Ha!Ha!aku dah lama jugak bukak blog akucakap nih..kui..kui..sekarang baru aku dapat baca komen dari seorang "Pembaling batu sembunyi tangan" macam aku jugak. Dia kata dia orang ulu..dia tak ngaku dia melayukot. kalau di Indonesia,kata ganti nama bagi melayu adalah jawi. keturunan yang bersusur galur dari rantau Indochina ini berkembang biak melata di rantau asia tenggara. aku banyak jumpa orang iban yang bangga mengaku diorang melayu. melayu pada istilah nya berasal dari bahasa sanskrit bermaksud, 'orang yang tinggal di tanah tinggi'. Istilah ini diguna di Malaysia sebagai mewakili bangsa yang mempunyai etnik pelbagai dari jawa, bugis, iban, dayak, banjar, mendeleng, minang, bawehyan (kita selalu panggil boyan), palembang, riau dan acheh. melayu dipanggil ganti nama kerana etnik-etnik ini duduk di dalam rumpun nusantara. jika di Indonesia dipanggil bangsa jawi. ini termasuk Filipina, thailand (siam), pattani, champa dan selainnya di rantau nusantara. ektremis bangsa tidak perlu wujud lagi kerana masing-masing kena faham bahawa melayu itu adalah nama jamak (mewakili lebih dari satu). Contohnya orang cina yang kita ketahui terbahagi kepada beberapa keturunan atau etnik ataupun sub-etnik. dari Han (mandarin), kanto (kantonis), kong Fo, tiong hua dan sebagainya. ia disatukan dalam satu nama iaitu cina. hai korang ni tak pepaham. Aku respek la pasal sejarah iban ke, sejarah orang ulu ke. yang patut ko buat. bila aku tulis fikir la dulu. tapi bagus jugak mamat ke minah ke aku tak tau. dia kata dia orang sarawak.sesama jugak aku boleh study. dia pun cam tu jugak. Aku cuma selar sifat melayu yang lupa pada marga. Bukan kutuk etnik ke apa. emosional sesangat la korang nih. kang aku maki nangis!Aku cuma mahu kita bangga dengan marga kita. untuk uniti bukannya kasi pecah lagi. Hai...balik gi library.
Sejarah melayu Malaysia bermula pada empayar Melaka. tidak juga. langkasuka sudah ada sebelum zaman empayar melaka. bagaimana dengan kesultanan Sulu? kerajaan brunei lama? Melaka dibuka oleh anak raja palembang Parameswara memulakan detik-detik tamadun melayu baru di malaysia. pada masa itu semenanjung Malaysia bernama gangga emas. melayu itu adalah nama komuniti. Sebab itu bila nak bubuh bahasa melayu, tak adil rasanya. kerana melayu tu ada banyak. jadi ubah jadi istilah bahasa malaysia. Tapi aku kasi can la sama lu all. pasal akupun kaki maki orang. nak maki aku tak kesah punya. tapi janganlah marah nyamuk kelambu dibakar!!
Respon lain aku nak jugak terima. Di sini demokratik. bebas bersuara. terbuka. nak maki caci pun gua tak kesah. hidup ini tak ada provokatif, tiadalah terbuka otak lembap ni. tapi yang mangkuk tu memang la mangkuk!tapi mangkuk kalau penuh okey, mangkuk kosong okey lagi boleh isi. Kalau mangkuk sumbing ke/ atau mangkuk pecah?Pikiorkanlah wahai orang yang bukan badut.