Monday, March 31, 2008

SUDAH MERETAK DAN BAKAL BERTETAK!!

pilihanraya umum yang lalu menunjukkan BN fight ngan parti-parti pembangkang. kekalahan teruk sampai tak bleh terima kenyataan. baca aje sokabar dah tau dah. tengok muka memasing kelabu asam aje. itu isu basi. sekarang mereka mula fight ngan saudara mereka sendiri. Mukhriz menghantar surat kepada pak lah suruh letak jawatan. Pak Lah jadi tension. penjilat jubo pulak terbahagi pada dua. satu jilat Pak Lah dan satu lagi jilat Mahathir. mukhriz dibayangi bapanya mantan PM kita yang hebat tu la. Kalangan penyokong Pak Lah mempertahankan pak Lah. memang dalam history BN, Pak lah mencatat reputasi sedih dan cibai untuk BN. Pak Lah ada ketelusan. Bila pak Lah tolak gaya Mahathir, inilah yang akan berlaku. kekalahan BN!Tabik jugak pada pak Lah kerana menjalankan amalan demokrasi dlm pilihanraya ini walaupun mungkin (kata orang la.bukan cakap aku!) dia ada sikit goyang ngan Anuar. BN dah mula fight secara internal. sekarang ni internal wound, lama-lama internal bleeding plak!Mengapa gaduh sama sendiri/ Bn dah jatuh betul reputasinya. Pak Lah benar-benar menelan tinggalan perbuatan Mahathir ke atas dirinya. siapa ada masalah ngan Anuar? Pak Lah ke Mahathir? hingga Pak Lah menerima tempias dan bahana ributnya. Siapa yang bikin hutang negara menimbun? siapa yang bikin banyak problem/amalan Autokrat/Birokrat? siapa? Pak Lah benar menelan seala bahananya lantaran dia orang no.1 di Malaysia. Angkara orang lain, dia pulak yang kena rejam. kasihan jugak kat PM kita, muka dia tak berseri semasa Sharkawi Jirin interview dia. ada kawan aku yang ekstreem ngan Parti PAS, kata "Butuh lah Pak Lah!'. apahal? Kau tu nak lelebih plak. Kita dalam politik mengkritik tetapi membina. bukan hentam orang atau benci orang. BN walaupun berlain parti tetapi mereka adalah kita jugak. saudara kita bodoh!!!!aku rasa kawan aku tu kena ditarbiyah betul-betul. kalau nak kutuk dan hina orang, baik la ko masuk persatuan ahli mesyuarat tingkap. lagi bagus. BN mungkin kesal. Tapi parti PKR,PAS dan DAP jangan terlalu syok1 jangan pulak nanti cakap lain jadi lain. kalau korangpun bikin taik, kitorang rakyat yang bakal gulingkan korang. nanti korang plak nangis siap nyorok dalam bilik tak mau jumpa media. sakit tak? kalau dah menang kotakan janji. jangan lagi asyik retorik, aksinya kena bikin sekali. aku cabar (ceh macam nak bikin blog akucabar.blogspot.com plak!) PKR,PAS,DAP....kalau korang betul manusia berotak,berjiwa rakyat,bertelur,bertamadun, buktikan sekarang!
Mahathir macam nak kekalkan lagi kuasa dia. "atuk...atuk kena rehat la atuk. tunjuk ajar la Pak lah tu, tegur skit anak atuk jangan bikin kerja melulu." Mukhriz, jangan la tibai pak lah cam tu sekali. sian orang tua tu. dia baru aje berbini lawa. ko ni tengah-tengah kelam kabut politik, jam-jam tu jugak ko desak orang tua tu resign. Biarlah bertempat skit. Para pembodek. Ingat BN bukan tuhan kamu semua. yang ada di kalangan kamu yang buta kayu ke hapa sanggup kata, "Laki/bini bleh tukar, Parti no!! Kalau benar pembangkang jahat apahal aman damai je negara kita. kalau betul BN malaikat apakehal banyak sangat menaja maksiat/ negara Islam kemak diorang. Korang si bodoh-bodoh. Ya memang banyak melayu yang tonggong. nak marah aku marah la. memang banyak melayu tonggong! terima bulat-bulat.
apa aku cakap ni kira luahan dan renungan.

5 comments:

Dilla said...

-gaya bahasa yg santai & bersahaja.
-menghiburkan sambil pembaca dapat mengetahui pandangan peribadi penulis.
-cuma harap penulis dapat membuat perenggan.
-dan terdapat pktn yg kurang enak untuk di baca w'pun pd yg berumur 18 tahun ke atas.
-teruskan menulis sambil menghibur hoccay ;)

ps: ckplah seberapa byk yg ko nak ckp.. huhuhu.. layaaaaannn.

Cikgu Din Sakura said...

cantik warna blog anda. jangan lupa Al-nakba 15 Mei 1948. bi;a nak update?
http://tuklong-ns.blogspot.com/

Sukatikaulah said...

jangan marah..nanti kena jual heh heh.

Pemuda Malaysia said...

Heboh di dalam media elektronik dan media cetak bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) ingin menjadikan 16 September 2008 ini sebagai cuti umum untuk seluruh Malaysia bagi meraikan kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri dan menjadikan hari itu adalah ulang tahun penubuhan Malaysia. Negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Kelantan sudah menyokong cadangan yang dibawa oleh BABI ini. Sebenarnya ada perkara lebih penting untuk saya ketengahkah dalam artikel kali ini. Segala yang saya coretkan di bawah ini adalah pandangan peribadi saya dan saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca-pembaca sekalian.

Sebenarnya cerita 16 September adalah retorik semata-mata yang ditimbulkan oleh BABI. Ini bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi tidak tentu arah dan berada dalam keadaan kegusaran. Apabila kerajaan merasakan segala rancangan BABI seakan benar dan nyata, maka kerajaan tiada pilihan lain kecuali mengisytiharkan darurat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Ini kerana rancangan BABI untuk mengambil alih pentadbiran negara melalui 'pintu belakang' amat tidak beretika dan boleh meletakkan negara dalam keadaan kacau bilau.

Sebenarnya BABI seorang yang amat licik dalam medan politik. Selepas dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, beliau telah merangka rancangan yang cukup besar bagi mencapai cita-cita menjadi PM. Bak kata mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa "BABI ini seorang yang cukup licik. Beliau boleh menukar sesuatu perkara daripada salah menjadi betul dan begitu sebaliknya". Mengapa BABI mengisytiharkan untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh? Ini kerana beliau ingin 'test market' dan menilai sokongan rakyat kepada beliau. Keputusan menyebelahi BABI dan beliau menang malahan melebihi majoriti yang diterima oleh isteri beliau. Walaupun ketika dalam suasana pilihanraya kecil itu, BABI menghadapi dakwaan terhadap kes liwat, sokongan terhadap beliau tetap tidak berubah dan dengan ini menjadikan beliau yakin bahawa kekuatan politik beliau semakin kukuh dan kuat.

Setelah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, BABI menyusun langkah untuk menduduki kerusi PM dalam masa terdekat. Cara yang dimainkan oleh beliau dapat kita lihat sekarang ini. Beliau menghebohkan bahawa pada 16 September ini akan ada 30 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai pakatan pembangkang. Sebenarnya perkara ini sukar untuk terjadi kerana kebanyakan Ahli Parlimen BN amat setia terhadap parti dan memegang janji serta mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Isu lompat parti telah dinafikan oleh Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak.

Selepas itu, BABI menyatakan pula bahawa ada juga Ahli Parlimen daripada Semenanjung terutama daripada Terengganu akan menyertai Pakatan Rakyat. Kecanggihan teknologi hari ini seperti penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan pemimpin di dalam BN. Maka, pada beberapa hari lepas telah dilakukan upacara mengumpul tandatangan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak untuk menyatakan taat setia kepada PM dan BN. Perkara ini mencetuskan kontroversi di mana salah seorang daripada Ahli Parlimen Sabah yang bernama Datuk Anifah Aman tidak mahu menandatangani akujanji tersebut dan menyatakan bahawa tidak perlu diragui lagi kesetiaan Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak kepada PM.

Pada pandangan saya, tandatangan bagi menyatakan kesetiaan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak tidak perlu dilakukan kerana ia hanya membuatkan BABI tergelak besar kerana berjaya mewujudkan keadaan ribut dalam kem BN. Apa yang saya cuba syorkan di sini adalah, kerajaan BN tidak perlu melayan setiap ungkapan atau propaganda yang dimainkan oleh BABI kerana hanya akan memerangkap kerajaan BN sendiri.

Mengapa BABI cukup suka jika kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 September ini? Ini kerana apabila kerajaan mengisytiharkan darurat, separuh daripada rancangan BABI akan berjaya. Maka, separuh lagi rancangan BABI akan menjadi kenyataan apabila kerajaan terpaksa mengadakan pilihanraya umum yang baru selepas darurat ditarik balik. Apabila darurat, pentadbiran kerajaan akan diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan mengikut perlembagaan yang ada, pilihanraya akan diadakan semula selepas darurat ditarik semula. Ketika inilah BABI akan melaksanakan perang saraf yang cukup hebat bagi memastikan cita-cita beliau menjadi PM akan tercapai.

Harus diingat bahawa UMNO berada dalam keadaan yang cukup lemah akibat daripada perpecahan dalaman dan serangan daripada luar seperti perang saraf yang dilancarkan oleh BABI. Ini kerana BABI telah melihat bahawa ketika di Permatang Pauh kelemahan ketara jentera parti UMNO telah memudahkan lagi kemenangan beliau di sana. Di samping itu, parti komponen di dalam BN sendiri telah mula tidak percaya antara satu sama lain seperti Parti Gerakan dan MCA yang telah mengugut untuk keluar dari BN jika UMNO memainkan sentimen perkauman. Perkara ini amat menguntungkan BABI yang dijangka akan menang secara terhormat dalam pilihanraya umum yang akan diadakan dan beliau tidak perlu mengambil alih kerajaan Malaysia melalui 'pintu belakang' seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Kerajaan tidak harus terperangkap dengan permainan politik BABI kerana hanya akan menjerat kerajaan dan menguntungkan BABI. 16 September akan mendatang dan insya-Allah tiada apa-apa perkara akan berlaku kerana BABI hanya melakukan propaganda politik untuk agenda peribadi beliau. Tujuan BABI mencadangkan cuti umum pada 16 September bukan kerana untuk meraikan kejayaan beliau menjadi PM ataupun meraikan ulang tahun Malaysia TETAPI adalah untuk meletakkan kerajaan dalam keadaan tertekan dan seterusnya menyaksikan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat. Apabila terjadi darurat, BABI akan melaksanakan perang saraf dengan menuduh kerajaan telah berlaku zalim dan mengisytiharkan darurat tanpa sebab. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan benci kepada kerajaan BN. Apabila perang saraf BABI berjaya, maka BN akan tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang.

Jadi, kepada pengunjung blog Pemuda Malaysia saya cuba mengajak anda merenung kembali erti kemerdekaan yang kita kecapi selama 51 tahun ini. Tidakkah anda perasan kembalinya BABI ke medan politik negara lebih banyak melibatkan kemusnahan daripada keamanan. Kerajaan terpaksa menghabiskan duit untuk menghadapi pilihanraya kecil di Permatang Pauh akibat perletakan jawatan isteri BABI sesuka hati. Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Pak Lah diperlekehkan oleh si BABI dengan mengatakan ia gula-gula buat rakyat. Semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah di mata dan fikiran BABI. Semua yang dibuat BABI adalah betul kononnya. Jangan gadaikan negara ini semata-mata kerana seorang manusia bernama Anwar Bin Ibrahim yang hanya ingin membalas dendam dan mencapai agenda peribadi menjadi PM!!!

nurul cakapcakap said...

tulisan kamu sgt bagus. tidak bias.