Friday, March 12, 2010

HERAN TAHAP GIGIT KEPALA !!!


kueh!kueh! apa dah jadi ni YB paling kontroversi sejak terbukanya tirai 2010, Zulkifli Nordin dipecat dari PKR. Dulu aku masih ingat Zulkifli NOrdin antara hardcore back-up kuat giler Abg Nuar. Apakehal? Zukifli dah macam tunjuk taringnya yang dah tahap maksimas. Abg Nuar ngan kengkawannya dah panas ngan sikap YB Bandar Baru nih. Abg Nuar punya politik memang pelik bin ajaib. kejap cam tu, kejap cam ni. sapa-sapa penah ikut mamat ni pasti cakap benda yang sama gak. Sian Zul. Zul pulak ditempelak oleh beberapa pemimpin PAS bahawa dia tak laku dalam PAS. AKIM pulak dok pujuk Zul, mai la masuk AKIM. AKIM ni presiden dia dulu bekas PAS. hai, kalau politik tu memang politik. Zul pulak dah tak back-up Abg NUar lagi. Zul agak terkilan ngan pendirian PKR. Gerakan plak kata Zul ekstremis. Zul tegas dan ada pendirian sendiri. Aku rasa Zul tak sesuwaiii ngan mana-mana Parti. Zul elok jadik YB bebas. Pasal aku tak percaya pada 'brand' parti. PAsal Parti cam tak relevan lagi skang ni. orang macam aku nak nengok YB yang bagus,bukan penjilat kepimpinan tertinggi. Aku nak tengok yang boleh pakai je. Kalau nama partinye bagus, tapi hampeh tuan empunya badan, hampeh la jawabnya.

Abang Nuar plak dah macam apa aku nengok. Pasal kes dia ngan saiful pun masih belum settle. BN kalau betul ambik kesempatan, ini adalah masa keemasan. PKR dah berkecamuk. HAh..buat lagi open!open! skang dah habih cerita dalam kain keluar. BN nampaknya ada point. ini perangsaraf beb. siapa-siapapun tak kira parti politik mana pun akan main benda ni. Korang tak caya tanya PAS,DAP . Sama je. Adat le bila kita nak kekalkan kuasa. Dan adat jugak bila kita nak dapat kuasa. Duniakan perlumbaan...

No comments: