Saturday, March 15, 2008

RAKYAT membuktikan mereka adalah BOSS!!





Pilihanraya yang baru berlangsung bebaru ini memang membuktikan bahawa rakyat adalah boss yang sebenarnya. Selama bertahun lama di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN), kerajaan tersebut telah mencipta satu kerajaan polis dan menjadikan rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan.Sejak zaman Mahathir Mohammad lagi ISA diguna untuk mengekang suara bebas. demokrasi yang diacukan adalah palsu. perpecahan parti tersebut semakin parah. hingga mewujudkan parti PAS, KEADILAN,PKR,SEMANGAT 46 dan selainnya. Insiden yang baru berlangsung pada 8 Mac lalu mengejutkan semua orang BN. emosi mereka kacau bilau dan terganggu. ZAM jatuh, Koo Soo Khoon jatuh, Sharizat jatuh di tangan anak muda berusia 28 tahun, Sammy vellu jatuh. kerusi-kerusi diraih parti pembangkang. pakatan PKR,PAS dan DAP benar menjadi. perak jatuh ke tangan kerajaan campuran. Kini BN menjadi pembangkang di sana. Kelantan rekod hebat dengan 28 kerusi dari 30. BN terlalu miskin di sana, Penang ke tangan DAP dan Lim Guan eng menyatukan PAS dan PKR dari melayu dan India di bawah satu negeri dengan harapan keamanan dan kemakmuran.PKR menerajui Selangor, negeri terkaya di MALAYSIA, Kedah jatuh ke tangan PAS. Orang BN semua jadi emosional. menyalah satu sama lain. BN semakin tenat dan pak Lah ini lah ujian besar buat anda. Apa pula langkah parti baru/ Kita lihat dan INGAT, RAKYAT ADALAH BOSS!!

Sunday, January 20, 2008

Cabaran Politik Barisan Nasional



Anwar semakin popular dan semakin diperhati. Anwar berolah banyak kredit kali ini. Apakah Anwar rise again. Rise againts?











Hishamuddin juga emosional. APakah hak beliau melenting kepada rakyat? Hisham..jangan ikut sangat darah muda. karier anda gimana?














ZAm yang emosional. apakah carier meltdown bagi ZAM tahun ini?





























pak Lah merenung jauh masa depan. kariernya dan tanggungjawab. karenah anak buah yang cam bebudak. Pak Lah makin menurun kredibilitinya.Dia tak dapat menandingi kehebatan mantan PM dalam soal kerja.






Mahathir semakin misteri kesnya dan semakin rakyat melupakan jasanya. Manusia yang kuat bekerja ini kata Anwar seorang yang jelas dalam visinya. Eranya meletakkan Malaysia di dalam peta celik sedunia. dia cemerlang, mantap dan tokohnya sebagai pemimpin jelas. Tetapi apa berlaku kepada Anwar adalah misteri yang mungkin hanya dia yang tahu. Doakan segalanya lancar.
Parti Klasik, otai, veteran dan entah apa lagi bahasa yang nak diberi ini semakin menuju ke arah zaman yangsemakin kelam kabut. ribut dalam parti sendiri dan pelbagai dugaan buat Pak Abdullah Badawi. Pak Lah bagai tak mampu mengawal pepecahan yang sedang on going. MIC yang berpecah, dan juga karenah ahli-ahli parti yang mengguris maruah BN serta memalukan negara. Zainuddin Maidin yang emosional dan hamun Al JAzeera secara live. perhimpunan yang sepatut aman jadi ganas. hishamuddin menteri pendidikan juga emosional. melenting marah ibu-bapa? ibu-bapakan rakyat Malaysia. walaupun ada kebenaran tetapi sebagai menteri haruskah dia begitu? mungkin orang Bn banyak makan garam sangat sampai menteri diorang dah HBP (high blood pressure). melenting marah orang. gaya macam boss atau majikan dan rakyat kuli yang bengap. Siapa kuli/ siapa boss? Mahathir pulak diheret ke makhamah. dato. linggam boleh jawab mungkin dia tengah mabuk. Apekehal? Semua dah muka tak boleh nak sorok. Makin lama makin berkusam dan masam. kelompok anti Bn semakin gumbira pasal bonus lebih kredit pada diorang. parti pembangkang mendapat banyak faedah di sini. pilihan raya mungkin merubah peta politik Malaysia. Rasanya BN mungkin sudah terlalu tua dalam memegang tampuk pemerintahan. Mungkin golongan yang lebih mampu dan progressif perlu mengisi ruang ini. some legacy have to end. legasi baru dari generasi baru akan mewarnai. itu lumrah alam. kena terima hakikat. apakah Khairee ada calon jadi Pm? Atau dari parti pembangkang sendiri. Banyak yang intelek sudah ilek dalam Bn. semua join Keadilan. Parti pecahan BN yang Pro-Anwar. permainan politik makin jelek. Parti ini mengcungkil pekung parti ini. jujur bukan lagi hidangan wajib. Tetapi propaganda yang menghalalkan cara!

Makasih cik Kevin!

baguih jugak Encik kevin kita. Selalu gak ko masuk blog cam cilanat nih. Aku bussy tahap gaban kebelakangan nih. tapi ari ni aku layan balik blog serba mencarut ni. Aku bangga ngan Kevin yang mempertahankan pendiriannya. pendirian adalah ego yang natural. dan aku dengan seruan uniti nya mempertahakan ego aku gak. Melayu tetap melayu. Aku sependapat ngan Bung karno yang mahu mewujudkan melayu raya. Aku bangga ngan istilah melayu walaupun kekadang aku sendiri maki. bukan maki kritik bangsa ngan niat mahu lihat bangsa kita maju dan berubah ke arah yang lebih baik. kevin wa hormat lu punya pendirian. Walaupun kita tak sependapat. tapi itu bukan alasan yang kita tak leh berkawan. meh kita kawan. meh kita unite. under the same flag, under the same country. kevin ko duk mane ha.aku nak blanja ko ice blended, bley tak??Saja lelawak. Semua orang contohi kevin kerana sanggup turun padang join akucakap.blogspot.com ni. takde la aku sesorang aje yang memaki hamun bagai orang gila atrau anjing menyalak bukit.Yearghhhh!!!

Sunday, January 6, 2008

Akhirnya ada respon....

Ha!Ha!aku dah lama jugak bukak blog akucakap nih..kui..kui..sekarang baru aku dapat baca komen dari seorang "Pembaling batu sembunyi tangan" macam aku jugak. Dia kata dia orang ulu..dia tak ngaku dia melayukot. kalau di Indonesia,kata ganti nama bagi melayu adalah jawi. keturunan yang bersusur galur dari rantau Indochina ini berkembang biak melata di rantau asia tenggara. aku banyak jumpa orang iban yang bangga mengaku diorang melayu. melayu pada istilah nya berasal dari bahasa sanskrit bermaksud, 'orang yang tinggal di tanah tinggi'. Istilah ini diguna di Malaysia sebagai mewakili bangsa yang mempunyai etnik pelbagai dari jawa, bugis, iban, dayak, banjar, mendeleng, minang, bawehyan (kita selalu panggil boyan), palembang, riau dan acheh. melayu dipanggil ganti nama kerana etnik-etnik ini duduk di dalam rumpun nusantara. jika di Indonesia dipanggil bangsa jawi. ini termasuk Filipina, thailand (siam), pattani, champa dan selainnya di rantau nusantara. ektremis bangsa tidak perlu wujud lagi kerana masing-masing kena faham bahawa melayu itu adalah nama jamak (mewakili lebih dari satu). Contohnya orang cina yang kita ketahui terbahagi kepada beberapa keturunan atau etnik ataupun sub-etnik. dari Han (mandarin), kanto (kantonis), kong Fo, tiong hua dan sebagainya. ia disatukan dalam satu nama iaitu cina. hai korang ni tak pepaham. Aku respek la pasal sejarah iban ke, sejarah orang ulu ke. yang patut ko buat. bila aku tulis fikir la dulu. tapi bagus jugak mamat ke minah ke aku tak tau. dia kata dia orang sarawak.sesama jugak aku boleh study. dia pun cam tu jugak. Aku cuma selar sifat melayu yang lupa pada marga. Bukan kutuk etnik ke apa. emosional sesangat la korang nih. kang aku maki nangis!Aku cuma mahu kita bangga dengan marga kita. untuk uniti bukannya kasi pecah lagi. Hai...balik gi library.
Sejarah melayu Malaysia bermula pada empayar Melaka. tidak juga. langkasuka sudah ada sebelum zaman empayar melaka. bagaimana dengan kesultanan Sulu? kerajaan brunei lama? Melaka dibuka oleh anak raja palembang Parameswara memulakan detik-detik tamadun melayu baru di malaysia. pada masa itu semenanjung Malaysia bernama gangga emas. melayu itu adalah nama komuniti. Sebab itu bila nak bubuh bahasa melayu, tak adil rasanya. kerana melayu tu ada banyak. jadi ubah jadi istilah bahasa malaysia. Tapi aku kasi can la sama lu all. pasal akupun kaki maki orang. nak maki aku tak kesah punya. tapi janganlah marah nyamuk kelambu dibakar!!
Respon lain aku nak jugak terima. Di sini demokratik. bebas bersuara. terbuka. nak maki caci pun gua tak kesah. hidup ini tak ada provokatif, tiadalah terbuka otak lembap ni. tapi yang mangkuk tu memang la mangkuk!tapi mangkuk kalau penuh okey, mangkuk kosong okey lagi boleh isi. Kalau mangkuk sumbing ke/ atau mangkuk pecah?Pikiorkanlah wahai orang yang bukan badut.

Monday, November 26, 2007

Minda Melayu Jadi Bengong dan Tergezut Kerana seorang Gadis.











Apakah reaksi korang bila nengok gambor budak pompuan ni pegang babi? mestiu terkejut bukan. Gadis ni seorang pelajar vertinari dari IPTA tempatan. Sekarang masih study lagi. Gadis ni bukan saja telah mendatangkan tsunami dikalangan orang melayu malahan pelbagai pihak turut keluar. dari orang awam, kaki blog dan internet, pakar vertinari, doktor vertinar, alim ulama, ustaz dan ustazah dan juga semua manusia melayu di Malaysia. Apa yang menarik gadis ini mengubah pandangan melayu terhadap babi. menarik balik segala pembelajaran hukum hakam dan fardhu ain yang selalu melayu lupa. ya melayu yang mudah lupa kata che det. betul dan hanya melayu aje yang sanggup bikin puisi menghina bangsanya kerana ia adalah kenyataan. gadis ini jugak membukak mata orang ramai dengan karier bidang vertinari. kalau selama ni orang asyik sebut lawyer, tuan hakim, doktor dan Engineer sebagai profesyen tahap elit. kali ni giliran bidang vertinari pulak jadi popular. doktor-doktor vertinar jadi famous dek kerana gadi ni. Babi juga menjadi hewan paling glamour tahun 2007 ni. bukan setakat isu 140 000 babi yang perlu dikurangkan kepada 60 000. malah babi telah menjadi isu best dalam akhbar kita. babi juga mengheret pengusaha ladang dan pelajar sekolah berpiket kerana babi. bestkan. Malaysia popular bukan sahaja kes Anwar ibrahim dipecat, bukan sahaja kerana angkasawan naik mengorbit bumi, tetapi juga kerana babi. bai adalah isu besar di negara kita. sedangkan ia menjadi satu pelik bin ajaib bagi negara lain. bagaimana babi menjadi isu besar dan terlalu eksklusif? Jawabannya datanglah ke Malaysia, babi di sini boleh di sama tarafkan dengan selebriti dan artis popular kerana selalu keluar paper ngan tv. populariti babi juga membuatkan hewan maskot lain di negara ini menjadi tak famous. memangpun ada tak dalam cakap seharian kita maki orang dengan perkataan 'penyu', 'tuntung', 'badak kerbau' atau 'orang utan'? Babi juga menjadi sebutan. Kerana babi juga kita semakin mendekati asas agama kita iaitu Islam. melalui gadis yang berani ini. Syabas!! Aku doakan semoga gadis ni menjadi seorang doktor vertinar yang bagus di masa depan. Lu memang berani beb kasi pecah otak semua orang!!

Babi dan Masyarakat melayu Kita yang Terlalu "ISlam" ???
































babi adalah hewan yang buruk dan huduh!babi menjadi ejekan dan hinaan. contohnya macam ayat ni, "Babi kau!", "Perangai Cam babi!", "Woi..babi!" dan sewaktu ngan nya. Babi menjadi ikon huduh, buruk, lakhanat dan cilanat dari masyarakat kita espeacially melayu. orang melayu sangat sensitip ngan babi. hinggakan untuk melihat imej babi tupun menjadi bahan untuk muntah monggek cam tak hengat. Terlalu jijik babi itu. tetapi sedarkah anda semua? Cuba peratikan persoalan di bawah dan fikirkan:




1) Adakah babi melakukan merogol dan membunuh kanak-kanak?


2) Adakah babi mendera kanak-kanak dengan deraan seksual menggunakan terung dan timun?


3) Adakah babi itu dijadikan oleh Allah sebagai bahan hinaan dan ejekan?


4) Adakah babi itu tiada jasanya kepada bumi, alam dan kita manusia?


5) Adakah babi itu haram selama-lamanya?




Segala sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu tiada yang sesia. Betul tak pembaca? Babi pun kalau dia tak ada dalam hutan nu, siapa nak mentekedarah cacing yang berjuta tu. Cacing penting dalam kesuburan tanah tetapi kalau terlalu banyak, tanah boleh menjadi longgar dan boleh jadi berlaku 'landslide' betul tak. siapa yang nak baham cacing tu kalau bukan bai hutan yang duduk dalam hutan nu.




Sehina-hina babi, babi tidak pernah membunuh sesama sendiri secara sengaja. Babi jugak sayang anaknya. babi betina adalah contoh hewan yang paling keibuan dalam dunia hewan. dia menjaga anaknya sebaik mungkin dari sebarang ancaman. tetapi kita manusia siap banting anak dalam sungai lagi. Babi kah itu?




Babi haram dimakan. mutlak! dalam syariat. Tetapi menjadi harus bila keadaan darurat. Maknanya babi lagi tinggi darjatnya berbanding riba. Riba dah jelas dan nyata bahawa haram dan mutlak walau dalam apa juga keadaan. tetapi babi boleh jatuh hukum harus memakannya jika keadaan darurat. betul tak?




Itu hari kecoh tak hengat pasal sorang gadis bertudung siap bergambar ngan babi. Ada banyak pihak yang marah dan menuduh gadis tersebut menghina Islam. Apakah Babi menghina Islam? Sedarkah babi itu juga berzikir kepada Allah. sedangkan kita cuba tanya berapa kali kita ingat Tuhan dan rasul? Ha jawab!Jawab! Gadis tersebut pelajar vertinari UKM dah mohon maaf dan ada jugak suara bodoh yang berkata, " Tak boleh jadi doktor haiwan lain ke, mengapa nak jadiu doktor babi?" Kan ke bodoh tu. Kita umat Islam tak diharuskan mengkaji demi kebaikan dan beroleh pahala jika untuk tujuan yang mulia. Harus mengkaji termasuk babi. Tiada nas yang mengharamkan mengkaji babi. Menyentuh babi diharuskan tetapi diwajibkan bersamak selepas menyentuhnya. Apa tujuan menyentuh tu? Mesti ada sebab.




Kalau korang tolong sekor anak babi tersepit pun dikira saham korang di akhirat nanti. apa tak puas hati. nak kata aku ni membbela bai. tak. babi tak bersalah dan dia adalah ciptaan tuhan. kita sebenarnya lebih jijik dan hina dari babi tersebut. percayalah kerana ianya yang benar. dalam entry kali ni sengaja aku nak tayang gambor bai kasi korang tengok puas-puas. sekurangnya korang boleh belajar dari menengok gambor pompuan telanjang mengangkang baik ko layan gambor babi. kaji sikit baru lah pandai. mana taknya umat Islam mundur dan diorang bukan Islam maju ke depan. Korang tanya lah diri korang sendiri.

Thursday, November 1, 2007

Misteri Diriku Yang Cam Haram!!: Episod 3 ( Unexpected Situation)


Lepas aku blah dari bengkel, aku pandu membelah malam sunyi. Heran gak aku pasal tak ada lampu jalan langsung dan jalan bengkang-bengkok ni memang merumitkan. Aku mencari mana letaknya pekan kecil yang si tamil gendut tu kata.


Beberapa minit aku nampak ada lampu jalan sayup-sayup. Aku menekan pedal minyak. Keta aku menyusur jalan tar yang sunyi sepi. Apahal? Aku nengok pekannya ada tapi ke mana suma orang? Ada orang mati ke? atau diserang *ZOMBIE KAMPUNG PISANG?? atau semua nak buat suprise dan acan-acan ngan aku. Keta, motor semua complete tapi ke mana orang ramainya?


di satu sudut ada gerai sate,bukan sate kajang ye. Sate di atas para dah hangus dimakan api. Tak ada orang yang jaga gerai sate tu. Aku turun dari keta dan nampak mesin ATM. Aku gi keluar duit sikit dari mesin *ATM. Ambik sambar barang serat, dua rat. Aku masuk balik dalam keta. tetiba meter minyak dah lain macam. Sah keta aku nak minyak lagi. siol..makan minyak tak hengat. tu la sapa suruh ikut jalan lama? Minyak pun asyik naik aje. rokok pun sama. sebab tu aku nak berenti isap benda tu. sekarang tak isap rokok akupun isap jari. tak pun isap ..... (em..em..)


Aku stat enjin pandu lagi cari stesen minyak la plak. lepas satu, satu apahal!! keta aku menyusup jalan tar yang berturap cam hampeh. apa lah *JKR bikin? Apalah juga Si *Samy Vellu tu bikin. Keta aku dah la kecik. bergoncang seribu dibantainya. Lobang keramat sini, sana tak hengat. Sampaikan aku tak terkira banyaknya. Kalau lobang aweks tu mau jugak aku stim tahap *rocco Sifreddie. Macam naik kuda plak rasanya.


Stesen minyak yang dicari dah jumpa. Tercongok depan mata aku. Aku sengih tahap lelabi. Aku pandu keta ke stesen dan apalagi matikan enjin. Akupun pegi ke kaunter. nak isi minyak kan. Tapi heran kat kaunterpun takde orang. aku jerit,salam,hello,ketuk semua sekali. Tapi haram takda yang menyahut. yang keluar tunjuk muka pun *ilek!!. Aku jadi baran tahap *Triple H, aku masuk secara kasar ke dalam Mart. Aku tengok takde orang tapi heran ada bunyi bising plak kat belakang kedai. Aku masuk pelan-pelan kali ni memang aku nak kasi carut tahap kena ban dengan *KDN atau *RTM.Sial nak memain ngan aku. siap korang..kung fu dan kuntai boley kasi kuar sekali.


bersambung....

* Aku ni malas tol nak naip lagi. so citer ni kasi sambunglah...
*ATM = Mesin Duit Automatik
*JKR= Jabatan Kerja raya/ jabatan Korek rombak
*Sammy vellu= menteri Kerjaraya/ idola orang Sungei Siput kat perak nu/ Besan Mantan PM kita/MIC punya kapla/super idol masyarakat tamil Malaysia
*Rocco Sifreddie= pelakon Pon terkenal dari Eropah. dulu famous skang dah senyap. Kena AIDS kot!
*ilek= bahasa tamil bermaksud tak ada
* KDN= kementerian Dalam Negeri
*RTM= Rangkaian televisyen Malaysia/Rangkaian tangguh Menangguh/ Rangkaian Tukar masa/ Rangkaian Takut Mahathir (dulu la)
*Triple H= Penggusti fames WWE
* Zombie Kampung pisang= Ala..filem Mamat Khalid tu, Goerge r romero mesti suke citer ni. Cik Mamat, try la kasi George nengok citer ko!!