Wednesday, October 31, 2007

misteri Diriku Yang Cam Haram: episod 2


Selepas aje mamat kapcai tu blah aku pun suka teramat suka kerana duit aku seploh henget selamat dalam kantung kocek ku. Aku menuju ke arah bengkel yang hanya layak menjadi kediaman mewah bagi kambing dan lembu. tapi aku tak kesah, paling baik aku nak repair keta aku yang tersadai nun.


Dari jauh aku nampak kelibat seorang tamil berperut gendut sedang tersengih. kontra putih giginya dengan kulitnya yang berkilat bagai dikiwi itu menyambut aku yang dalam keadaan tersepit. Aku senyum ala-ala tak ikhlas..gituuuu!!


" Apa problem ada sama kereta incik punya?" tu dia dia sudah keluar kata-kata dari bibirnya yang tersengih sambil menggeleng-gelengkan dia punya kapla.

" Saya punya ke.."

' Sudah tau incik, sana atas ada parkir kasi. itu kereta bikin problem. Takpa jangan takut. sini pomen baik punya ada kirja. Kita bikin kasi baik itu kereta. takdak tipu punya, harga runding dalam boley kasi. Kita Malaysia punya rakyat, tolong-tolong musti ada itu hati punya dalam ikhlas juga ada."

Cilabat. belum sempat aku jawab. Si Tamil ni dah cakap dulu. Berjela pulak tu. terkebil-kebil mata aku yang ala-ala 'Jude Law' nih. complete dengan belitan pronouns serta grammar Bahasa Melayu nya yang ikut main sedap mulut bapak dia.

" Kamsan! Kamsan! Dey itu sana atas kereta ada duduk. Rosak sudah ada dalam. kasi pergi itu pomen kalu siap angkat sini mari juga.." Dia mengarahkan pomen yang bernama Kamsan untuk merepair aku punya keta. Kamsan keluar dengan gaya sombong ala-ala dah handal sangat membaiki keta. Biasa la melayu, kalau dah hebat...kerek all the way la jawabnya. Itu melayu kalau keling?


Tanpa banyak soal Kamsan pergi memacu keta buruk datsunnya menuju ke arah yang dituju. Tak bertanya langsung kat aku tuan punya keta ni. Customer service memang out! Itu memang Malaysia punya stail. Customer service..lingkup!! Aku pandang muka tamil semula. Si tamil sengih kerang busuk kena cuka.

" jangan risau incik.muka punya kasi tau sudah itu mari datang apa problem sama awak kereta punya!"

Perghh..macam ahli silap mata. Tak pun ahli tilik si tamil ni. Aku terus salute dalam hati kat tamil tu. tapi tak la salute kasi dia nampak. Nanti kembang pulak jubo dia.


Aku menunggu lama gak si kamsan nyombong tu. Baik la si tamil gendut tu. Ada juga melayan aku ngan baik. Aku rasa si tamil tu punya bengkel pasal ada di papan kenyataan kedai bertulis MURALI WORKSHOP. Memang sah si tamil yang baik membodek ni tokeynya. apahal? tokey pun tak kerekos inikan plak kuli cam Kamsan tu. Sebotol oren cap ayam dihulur. Sebelum meneguk aku gelak cipan sepatah dua pasal tak sangka, ada lagi rupanya oren homemade yang dulu aku merasa masa kecik-kecik. Aku layan. rasa memang la cam cibai pasal karbonatnya kurang. Manis usah cerita. kalau aku gogok ni ari-ari musti aku diserang diabetes. Tapi pasal nostalgik dan memorikal, aku layan oren tu. sedap cam keparat plak. siolll!!


Selepas itu aku dengar bunyi keta aku. Aik...Kamsan dah bawak keta aku. sesedap datuk dia dia parkir di satu sudut bengkel. kasar sungguh si kamsan ni. Kamsan keluar dari keta dan baling kuncinya ke arah si tamil gendut.

" Awak punya datsun mana?"

" Sana..nanti karang saya ambil!"


Langsung tak bercakap apalagi nak memperdulikan aku si tuan keta ni. Kamsan terus ke belakang bengkel. hilang dan aku tak tau apa dibuatnya. Mungkin melancap barang sedas dua. Mana tau dia stim nengok gambor Phoebe Kates pakai buikini yang aku kepilkan /lekat kat cermin dalam.


" sudah siap incik. satu ratus kasi!"

' Wah..mahal sial ko punya harga!"

" Ini profesional pomen mari ada kasi. Takdak tipu. incik kereta nanti ada baik itu jalan. ta da problem. kamsan marvelous!!"


Aku terketar-ketar menyerah wang RM100 kat sitamil gendut tu. kebetulan hanya banyak tu aje yang ade dalam dompet aku yang mahal walhal duit nipis.


" Ane..sini mana ada ATM?" Aku bertanya kepada si tamil gendut. Maklumlah suspender gak aku nak travel bila dompet tak berpitih langsung.

" Sana depan..5 kilometer ada. Sana pekan kicik ada." Si tamil gendut mengajukan tangannya ke arah jalan raya yang semakin sunyi dan gelap.

Aku angguk dan terus blah dari bengkel jahanam tu. Keta kancil 660 aku memecut lalu membelah malam gelap yang seram..


to be continues.....

* Nantikan keseraman tahap menggigil atas bawah dalam episod akan datang. Kisah ini dikatakan lebih ganas dan berjenis berbanding filem seram Indon dan drama seram di TV.

No comments: