Wednesday, September 26, 2007

GARUDA MENYERANG!!

Garuda menyerang bagai tak habis. pemuzik dari seberang kini bagai lambakan durian yang semakin dingin. Artis seberang cari makan besar-besaran di sini. mereka mempertaruhkan album mereka yang menjanjikan angan-angan tahap tinggi. dengar saja lirik lagu diorang mesti ada perkataan 'terbang'. Kira berkhayal aje kerjanya. Dan berkhayal juga adalah santapan paling memberahikan buat orang melayu. band-band dan artis yang datang dari seberang bukan sedikit. Dari dunia penuh kualiti sewaktu zaman Dewa 19, Padi dan the Fly hingga kini semuanya macam plastik. Lirik yang berulangan, melodi hampir sama dan gaya vokal yang hampir sama. di sini aku mahu menggariskan kebaikan dan keburukan Garuda.
KEBURUKAN:
1) Pendengar kita lebih membantu perkembangan muzik seberang
2) Pendengar kita semakin berangan
3) Pendengar kita jadi bangang dengan lirik bangang diorang
4) membunuh band-band dan artis kita
5) Menyesatkan mazhab muzik
KEBAIKAN:
1) Menyedarkan birokrasi kita bahawa muzik macam punk,alternatif ni ada market di M'sia.
2) pukulan maut buat band-band indie M'sia yang selama ini memandang rendah terhadap potensi lirik Bahasa Melayu.
3) Lain kali buat lagu sedap! itu pukulan kepada penggiat muzik kita
4) Saingan mega hebat buat artis dan komposer kita
5) kebangkitan militia muzik untuk menembak garuda
* Sokonglah Industri Muzik Tempatan. Jangan Sokong AF kerana AF juga adalah perosak bangsa yang sudah dirosakkan walaupun dah rosak lama dah.

No comments: